Bantuan dan soalan lazim
Tak jumpa jawapan? Hubungi kami di hello@cikgucekap.com.
Berapa kos untuk membuat sijil?
10 sijil pertama percuma bagi setiap akaun yang disahkan. Selepas itu 1 sijil = 1 kredit, dan 10 kredit = RM1 (pakej lebih besar mendapat kredit bonus). Anda boleh mencuba reka bentuk dan pratonton tanpa daftar; anda hanya perlu log masuk apabila memuat turun PDF.
Adakah data murid saya disimpan?
Tidak. Senarai Excel dibaca dalam pelayar anda. Apabila memuat turun PDF, senarai dihantar ke pelayan untuk menghasilkan PDF dan dibuang serta-merta; kami tidak menyimpannya. Lihat Dasar Privasi.
Format fail apa yang boleh digunakan?
Fail .xlsx, .xls atau .csv sehingga 5 MB dan 2000 baris. Satu baris untuk satu sijil. Baris tajuk (contohnya Nama, No. KP, Kelas) boleh berada di mana-mana baris dalam 15 baris pertama; anda memilihnya pada langkah 2.
Nombor kad pengenalan saya kelihatan salah
Excel kadangkala membuang sifar di hadapan atau menukar nombor panjang kepada bentuk saintifik. Kami cuba membetulkannya secara automatik dan menandakan nombor yang kelihatan salah pada langkah semakan. Untuk hasil terbaik, format lajur kad pengenalan sebagai Teks dalam Excel.
Bagaimana mencetak dengan betul?
Buka PDF dan cetak pada 100% (Actual size), bukan Fit to page. Gunakan kertas A4 mengikut orientasi sijil. Cetak satu sijil ujian dahulu (butang percuma pada langkah 8) untuk menyemak kedudukan dan warna. Untuk kertas sijil bercetak, gunakan templat Kosong.
Saya perasan ada salah eja selepas membayar
Betulkan senarai anda dan muat turun semula pada halaman yang sama dalam masa 14 hari; kelompok yang sudah dibayar tidak dicaj lagi. Penting: jangan muat semula atau tutup halaman sebelum selesai, kerana data dan reka bentuk hanya ada pada halaman itu.
Saya terputus atau muat semula halaman, data hilang?
Ya, kerana data murid tidak disimpan, anda perlu memuat naik fail semula dan memilih reka bentuk semula. Selepas memuat turun PDF, gunakan pilihan "Jana sijil baru" supaya reka bentuk yang sama boleh digunakan semula dalam sesi yang sama.
Bilakah kredit saya tamat tempoh?
6 bulan selepas diterima. Tarikh tamat dipaparkan di halaman Kredit, dan kami menghantar emel peringatan sebelum kredit tamat.
Saya lupa kata laluan
Pada halaman log masuk, tekan "Lupa kata laluan?" dan ikut pautan yang dihantar ke emel anda.
Bagaimana memadam akaun saya?
Pergi ke Profil, kemudian "Padam akaun". Kredit yang tinggal akan hangus.